Tuesday, 19 January 2016

Pemergian Yg Tak Diduga

Adik sepupu sy telah kembali ke Rahmatullah pd pagi Jumaat. Rasanya hampir sebulan beliau terlantar di Hospital Sungai Buloh akibat sakit tuberculosis (TB) dan jangkitan kuman di otak. Beliau merupakan sepupu di sebelah ayah saya tapi memandangkan beliau menetap di Labuan, memang jarang sangat bersua muka. Yg sy ingat, sy pernah berkunjung ke Labuan pada tahun 1999@2000 tp waktu tu beliau kecik lg, mungkin x ingat pn kewujudan sy.

Walaupun x berapa nak rapat, pemergian nya tetap dirasai. Sedih, sayu dan terkilan sbb x dapat nak blk kg (jenazahnya di tanam di kg arwah ayah saya) malah x balik pun utk kenduri tahlil. Bukan sengaja tapi kami anak beranak juga diuji dengan masalah kesihatan. 2 minggu kami suami isteri x bekerja!cuti sakit..sakit yg biarlah hanya keluarga & rakan yg rapat je tau..

Sepanjang sebulan beliau terlantar d hosp sg buloh, adalah 2x sy sempat menziarah..keadaannya mmg sgt2 menyedihkan..kuman telah menyerang dan merosakkan otaknya.nothing much we can do, except berdoa dan terus berdoa.tetapi sesungguhnya Allah lg menyayangi beliau.

Pergi dalam usia yang muda, di hari yg baik, penghulu segala hari dan dlm keadaan tersenyum (komen dr saudara terdekat), what more can we ask for?Alhamdulillah, semoga kita juga mati dlm husnul khatimah..Aminn & Al-fatihah buat saudaraku.Tenang la dikau di sana dik..

No comments:

Post a Comment