Wednesday, 20 June 2018

~Trip Mengejar Sakura & Bermain Salji di Tokyo, Jepun~

PART 1

Alhamdulillah misi berjaya. Trip dari 20 - 25 April 2018. 6 hari 5 malam cukuplah untuk buat poket iolss rabak! Tapi to be honest, kalau uolls ada duit lebih please extent 7 atau 8 hari utk cover lg bnyk tempat. Ok ini kos roughly untuk trip Tokyo 6h5m untuk 3 orang ya.

Flight: RM2391+ luggage return 25kg (RM252)  + makan RM84 
Hotel  :   Night 1 – JPY 11,777 = RM445  – KEIKYU EX INN Haneda Airport - Tokyo
               Night 2 – 4: RM1,494 Book via airbnb Shinjuku (nearest station Okubo)
               Night 5 – JPY11,700 = RM420 K’s House Lake Kawaguchiko            

OK flight beli time AA buat free seat. lebih kurang RM800/pax. Mmg murah sbb generally tiket ke jepun bulan mac-april mmg maha mahal. Sakura bloom katanya. Tp boleh jugak usha2 premium airlines lain untung2 time promosi dpt tket murah. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia x de sapa yg tau..ok melalut dah.

Selain tiket flight, hotel, jgn lupa beli siap2 insurans (sangat penting ok!!!) - saya amek axa travel insurans, simkad (hello1010 - RM73), Tiket DISNEYSEA - RM254x2 adults (beli through KLOOK). simkad dan tiket disneysea tu beli time matta fair dats y dapat murah ye.

Flight kami ke Haneda pukul 2.30pm macam tu and eta haneda 10.30 malam. Sebab pikir ada anak kecik x kuasa nak rushing2 naik tren or tido airport sgt lah irrelevant! Hence, Iolss booked Keikyu Ex Inn Haneda Aiport, Tokyo. RM445 reasonable pada sy sebab keselesaan yg utamanya. N paling penting diorg provide free shuttle from/to airport. Bila sampai tu at 2nd floor arrival jalan terus sampai penghujung dan ambil lif kanan yg last sekali..paham ye. Sebab iolss pun tersilap. Nasib ada japanese baik hati tolong tunjukkan. Shuttle bus keikyu kaler biru n ada tulisan keikyu besar2. So harapnye membantu la ye.  Ok bilik hotel ni simple and kecik je tp sgt lah bersih and selesa. Paling best hotel ni sebab barang2 toiletries semuanya brand shiseido.ok tepek gambar 1.mampu??hahaha.



Ni pulak view dari tingkap bilik pukul 5 pagi.betul2 nampak runway airport. menunjukkan betapa dekatnya hotel dgn airport ni. 5-10 minit macam tu naik shuttle bas.

Pukul 9.30am macam tu check-out naik shuttle ke airport balik.Motif nye utk beli JR Wide Pass (JWP) yg berharga JPY10,000 = RM365. JWP ni valid untuk 3 hari sahaja dan hanya boleh di beli di Jepun! Pass ni cover hampir seluruh Tokyo termasuk Gala Yuzawa JR line shj. Termasuk juga train from airport to bandar tokyo [Tokyo Monorail]. After dah settle beli pass trus lah naik monorail ke Hammamatsucho. Then tukar tren ke Shinjuku pulak. Sebab apartment book dekat dgn shinjuku station. Simpan luggage dalam locker [1 locker JPY600 = RM22]. Ye mmg mahal T-T. Terpaksa sbb x mampu nak heret beg besar2 turun naik tren.

1st tempat yg kami pergi ialah UENO - Ameyoko Street. Lunch di Chicken Man Nasi Ayam. Not bad rasanya sedap dan consider murah JPY600 utk 1 hidangan. Kedai ni di apit dgn gerai kebab halal. boleh jugak try. JPY500 tp kebabnya bukan lah gemok2 macam kat Australia tu. ni standard pasar malam punya kebab je. Tp Alhamdulillah bersyukur sbb ada makanan halal dan boleh kenyang jugak.

OK continue dlm next part...