Friday, 23 November 2018

Ringkasan percutian ke Jepun April 2018

ok basically ini itinerary ke Jepun haritu:

DATE
JOURNEY
TRANSPORTATION
COST
DISTANCE/ DURATION
ACTIVITY/REMARKS
Day 1 (20/4) Friday
KL-HANEDA
AIR ASIA
RM400
Depart 2.30pm arrive 10.30pm (7 hours)
Lunch & Dinner dlm flight

Airport – Hotel
KEIKYU EX INN Haneda Airport
[JPY11,778 = RM420]
Shuttle Bus (colour biru)
Free

10 minutes
Bus timetable:
11.05pm, 11.25pm, 11.50pm
Please board at the group bus stop from the 2nd floor arrivals lobby.
Day 2 (21/4) Saturday
Hotel - Airport
Shuttle Bus
Free
8 minutes
Bus timetable: 9am, 9.30am
Buy JR Wide Pass + Gala Yuzawa (RM370 /10,000 Yen per pax) + buy pasmo card [Kedai ini terletak betul-betul di pintu keluar Arrivals dengan logo Travel Information. 3000JPY adalah harga untuk sekeping kad, 2500JPY nilai dan 500JPY deposit kad.]

Haneda – Hamamatsucho – Shinjuku
Tokyo Monorail
JR Pass
14 minutes + 18 minutes
Store luggage at station Shinjuku

Shinjuku –Shibuya
JR
JR Pass
7 minutes
Shibuya Crossing, Patung Hachiko

Shibuya – Ueno
Go to the Shinobazu exit then cross over the street and look for the Ameyoko sign.
JR Pass
18 minutes
Ueno Park & Ameyoko Street – banyak restoran halal ada Kedai Runcit Halal. boleh borong makanan2 segera halal di sini. Note that the market is between JR Ueno and JR Okachimachi stations on the JR Yamanote line so you could also head north from Okachimachi station. Lunch di restoran halal – chicken man
Kedai takoyaki MINATOYA halal

Ueno – Asakusa    
Tokyo Metro
Find an escalator for Ginza Line leading downward to Ueno Station of Tokyo Metro subway. Trains for Asakusa depart at Track 2 of Ueno (G-16).
JPY165
5 minutes


Senso-ji Temple, Restoran Naritaya di Asakusa (halal) kedai makan tu kat celah tembok pintu gerbang

Asakusa – Ueno – Shinjuku – Okubo (Airbnb)


Shinjuku – Okubo
(Chuo-Sobu Line)
JR Pass + pasmo
30 minutes
Two train lines serve Okubo: the JR Yamanote Line, with Shin-Okubo Station, and the Chuo-Sobu Line, with Okubo Station - both only one stop away from Shinjuku station, and only 200 meters from each other.
Dinner





Malam (optional)
Okubo –Shinjuku – Osaki

Tukar line  Rinkai Line Shin-kiba dan berhenti di Tokyo Teleport Station OR
JR Saikyo Line DIRECT from Shinjuku to Tokyo Teleport

JR Pass + JPY330
OR JPY500 (direct)
12 minutes + 13 minutes

25 minutes (direct)
The nearest exit to Diver City is Exit B.  From there we took a 5 minutes walk from the station to the plaza.  Proceed all the way from the entrance to the food court, then exit from the food court and you will see the Gundam. There are two light shows at 7 pm and 8.30 pm. Bagi pelancong Muslim, terdapat beberapa restoran halal di Odaiba. Antaranya ialah Sojibou Soba Noodle Shop (DiverCity Tokyo Plaza 6F, 1-1-10 Aomi, Koto-ku, Tokyo), The Oven Japanese Buffet Restaurant, Red Lobster Aquacity, serta Khazana Indian Restaurant.

Day 3 (22/4) Sunday
Okubo –Shinjuku – Tokyo – Gala Yuzawa
Joetsu Shinkansen – train paling awal depart from Tokyo 8.15am, platform 23-34 (Max Tanigawa)
JR Pass
2min + 14 min + 75 minutes
Breakfast nasi lemak brahim
Prepare for lunch: nasi + tomyam + telur dadar + nugget
Gala Yuzawa: entrance fee + baju = JPY2500 per adult , 2000 child (boots, gondola & sled) baju suar JPY3000 adult , JPY1500 child

Harujuku (Takeshita street)



Shopping biskut kapal, Daiso & souvenirs

Harujuku - Okubo



Balik & rest

Okubo -
Hamamatsucho



Take taxi to Tokyo Tower from Hamamatsucho station (JPY1500 return) go to north exit at world trade centre building




Tokyo Tower
Station paling terdekat ialah Station Kamiyacho, Hibiya Line. Dari station nak ke Tokyo Tower, kena menapak lah juga, dalam 10-15 minit macam tu juga.Boleh juga kalau berhenti kat station Akabanebashi. well, 500M dalam 10-15 minit juga berjalan. Entrance fee JPY900.
Day 4 (23/4) Monday
Okubo –Shinjuku – Tokyo – Mahaima –
Disneysea
JR + Disney train
JR Pass +
JPY260
2 min + 14min + 10 minutes
Disneysea ticket JPY 7400 (Klook RM254)
Lunch – prepare OR order
Day 5 (24/4) Tuesday
Tokyo – Lake Kawaguchiko
Bus KEIO

Adult: JPY1750
Child: JPY 880
Total: JPY4,380
1h 45 minutes
Bus depart 7.55am reach Lake Kawaguchiko 9.40am
Prepare B + L
1 minute walk from JR South Exit to bus station. To reach Shinjuku Expressway Bus Terminal, "New South Gate" is the most convenient, although it is also accessible from "Miraina Tower Gate" or "Koshu-kaido Gate". Take the escalator in front of the ticket gate (New South Gate) to get to departure terminal on 4th floor.



Station –
K’s House
[JPY11,700 = RM440]
Shuttle Hotel


Beli Ticket Retro Bus/ Sightseeing bus (2days green & red line) : Adult JPY1200
Waktu bas ni beroperasi pada jam 8.30am - 630pm
Call Hotel
Day 6 (25/4) Wednsdy
K’s house - station
Taxi





Retro Bus
Pit stop 11 & 22

10 minutes
Mt. Kachi Kachi
Ropeway: Adults JPY800 ,
Child : JPY400

Station – Haneda Airport
Keikyu Bus
Adult: JPY2470
Child: JPY 1000
2h 45 minutes
Depart 3.45pm reach airport 6.32pm

Haneda - KL
AIR ASIA
RM400
Depart 11.45pm arrive 6.30am
(7 hours)


Points yg berguna:

1) Hari yg saya pergi ke Gala Yuzawa ialah hari terakhir GY dibuka untuk tahun ni. sepatutnya buka sampai awal Mei tapi tahun ni GY ditutup awal sebab salji kurang. in fact cuaca kat sana sgt panas okay!sila bawak sunglasses. penting. sbb kalau x, nk bukak mata pun susah (if pergi bulan april lah)..

2) K's House di Lake Kawaguchiko tidak lg menyediakan shuttle. so kena naik teksi utk ke sana ye. dr station naik teksi x jauh dalam 10 minit klau x silap saya n cost pun below rm50. kalau uolss muda2 n brg x bnyak, boleh juga naik retro bus n berjalan kaki sikit ke K's House.

3) Penghujung April, bunga sakura masih banyak lagi di Lake Kawaguchiko. bersepah2. saya sarankan beli tiket retro bus n berhentilah di mana2 stesen yang anda nampak bunga sakura.

4) time sy pergi ni, shibazakura dh dibuka tp sy skip memandangkan bunga2 masa ni belum bloom lagi. jadi kalau nak pergi shibazakura, sy sarankan pergi bulan 5!

5) sy galakkan anda pergi Lake Kawaguchiko pergi lah 3H2M.sbb sini sgt tenang n best. plg penting lg lama anda d sana lg tinggi peluang nk tgk mount fuji. sy x dpt tgk!mount fuji malu2 nk keluar;( but ada reason nk repeat Jepun lg.hehehe

6) Kalau singgah Lake Kawaguchiko, beli la pakej bus retro yg cover naik ropeway + boat lagi.sgt berbaloi.barulah feeling tourist:)

7) Jgn lupa beli tiket Disneyland/Disneysea dari KLOOK. JiMAT banyak!

8) Bulan 4 cuaca tak menentu. skejap panas, skejap sejuk giler.so better standby jaket..

9) Actually banyk tempat boleh cover if pergi 5/6 hari. tapi memandangkan sy pergi dgn my mom yg dh agak berusia dan anak kecil umur 3 tahun, so bnyk tempat kitorg skip. rugi tapi keselesaan dan keselamatan mereka is my priority.

10) tiket bas ke Lake Kawaguchiko saya beli online. just print n tunjuk tiket masa naik bas. tiket dari kawaguchiko ke Haneda Airport saya beli di Station Lake Kawaguchiko masa sampai. x sure kenapa tapi masa sy naik bas tu mmg bas tu kosong je. ada la 2@3 penumpang selain kitorang. mungkin sbb waktu tu bukan peak time utk vacation sy rasa.

11) jujurnya travel ke Jepun ni sgt memenatkan sbb sy bwak stroller. n walaupun setiap stesen ada menyediakan lif tetapi kebiasaaanya lif adalah di hujung dunia!! sgt penat hokay nk jln ke lif. so kalau ada anak2 bwah 2 tahun tu better guna baby carrier je. senang bgerak. if dh besar mcm anak sy, bertabah la tolak stroller.

Apapun sy enjoy trip ke Jepun haritu. till we meet again, Japan:)

Fri-yay!

It has been a while..last post 5 bulan yang lalu.. haa tepuk.punya lah lama. lepas trip Japan, bulan 7 ada trip ke UK + Scotland, bulan 9 ke Jogja and insyallah bulan depan ke Surabaya pulak..

bnyk trip taun ni..rasanya taun depan pun sama..hahaha tepuk lagi. tp x de masa nk update blog story pasal trip2 ni. insya allah trip ke surabaya sy update. sbb trip Jogja uolss boleh google je. besepah org bg tips. Trip ke UK pulak x berapa nak adventure sgt since kt sana duduk dgn sepupu and we rented a car. so pegi ke mana2 mmg drive je. Trip ke Japan nak sambung cerita tp sbb dah lama sgt details smua dh lupa.hahahaha ya ampunnn.

So, harap2 nya balik dari Surabaya nanti mood rajin dtg boleh la update blog n crita details.


Till then, XOXO;)


Wednesday, 20 June 2018

~Trip Mengejar Sakura & Bermain Salji di Tokyo, Jepun~

PART 1

Alhamdulillah misi berjaya. Trip dari 20 - 25 April 2018. 6 hari 5 malam cukuplah untuk buat poket iolss rabak! Tapi to be honest, kalau uolls ada duit lebih please extent 7 atau 8 hari utk cover lg bnyk tempat. Ok ini kos roughly untuk trip Tokyo 6h5m untuk 3 orang ya.

Flight: RM2391+ luggage return 25kg (RM252)  + makan RM84 
Hotel  :   Night 1 – JPY 11,777 = RM445  – KEIKYU EX INN Haneda Airport - Tokyo
               Night 2 – 4: RM1,494 Book via airbnb Shinjuku (nearest station Okubo)
               Night 5 – JPY11,700 = RM420 K’s House Lake Kawaguchiko            

OK flight beli time AA buat free seat. lebih kurang RM800/pax. Mmg murah sbb generally tiket ke jepun bulan mac-april mmg maha mahal. Sakura bloom katanya. Tp boleh jugak usha2 premium airlines lain untung2 time promosi dpt tket murah. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia x de sapa yg tau..ok melalut dah.

Selain tiket flight, hotel, jgn lupa beli siap2 insurans (sangat penting ok!!!) - saya amek axa travel insurans, simkad (hello1010 - RM73), Tiket DISNEYSEA - RM254x2 adults (beli through KLOOK). simkad dan tiket disneysea tu beli time matta fair dats y dapat murah ye.

Flight kami ke Haneda pukul 2.30pm macam tu and eta haneda 10.30 malam. Sebab pikir ada anak kecik x kuasa nak rushing2 naik tren or tido airport sgt lah irrelevant! Hence, Iolss booked Keikyu Ex Inn Haneda Aiport, Tokyo. RM445 reasonable pada sy sebab keselesaan yg utamanya. N paling penting diorg provide free shuttle from/to airport. Bila sampai tu at 2nd floor arrival jalan terus sampai penghujung dan ambil lif kanan yg last sekali..paham ye. Sebab iolss pun tersilap. Nasib ada japanese baik hati tolong tunjukkan. Shuttle bus keikyu kaler biru n ada tulisan keikyu besar2. So harapnye membantu la ye.  Ok bilik hotel ni simple and kecik je tp sgt lah bersih and selesa. Paling best hotel ni sebab barang2 toiletries semuanya brand shiseido.ok tepek gambar 1.mampu??hahaha.



Ni pulak view dari tingkap bilik pukul 5 pagi.betul2 nampak runway airport. menunjukkan betapa dekatnya hotel dgn airport ni. 5-10 minit macam tu naik shuttle bas.

Pukul 9.30am macam tu check-out naik shuttle ke airport balik.Motif nye utk beli JR Wide Pass (JWP) yg berharga JPY10,000 = RM365. JWP ni valid untuk 3 hari sahaja dan hanya boleh di beli di Jepun! Pass ni cover hampir seluruh Tokyo termasuk Gala Yuzawa JR line shj. Termasuk juga train from airport to bandar tokyo [Tokyo Monorail]. After dah settle beli pass trus lah naik monorail ke Hammamatsucho. Then tukar tren ke Shinjuku pulak. Sebab apartment book dekat dgn shinjuku station. Simpan luggage dalam locker [1 locker JPY600 = RM22]. Ye mmg mahal T-T. Terpaksa sbb x mampu nak heret beg besar2 turun naik tren.

1st tempat yg kami pergi ialah UENO - Ameyoko Street. Lunch di Chicken Man Nasi Ayam. Not bad rasanya sedap dan consider murah JPY600 utk 1 hidangan. Kedai ni di apit dgn gerai kebab halal. boleh jugak try. JPY500 tp kebabnya bukan lah gemok2 macam kat Australia tu. ni standard pasar malam punya kebab je. Tp Alhamdulillah bersyukur sbb ada makanan halal dan boleh kenyang jugak.

OK continue dlm next part...

Wednesday, 21 March 2018

Bandung Trip 2017

Finally, berjaya juga repeat ke Bandung stelah tiket taun lepas burn begitu saje..

Travel date - 10-13 May 2017.

Accompanied by my mom, son and my aunty..kekdahnya travel dengan budak kecik n warga emas yang semua sakit lutut, memang la x bjalan bnyak tempat sgt. lg pun this is my 2nd time and 3rd time for my mom n my aunty. so, pcutian kali ni lebih kepada relax2 n santai2..

Accommodation 
ok kali ni kita dok hotel murah2 je.. GREEN BATARA HOTEL.located dekat jalan cihampelas. betul2 depan CIWALK and Cihampelas mall.so banyak tempat makan n tempat beli belah.amek Family room total 3 mlm lebih kurang RM470 ada 2 queen beds tapi staff nye dengan baik hati upgrade bilik kitorang ke Grand Family Room free of charge..wahh i loikee;)
tapi ada kurang nye hotel ni sebab wifi die tersangat lah slow n slalu terputus2..so saya suggest u all yg duduk sini beli la simkad XL4G harga Rupiah60 ribu..laju n boley la update sosmed selalu kannnn.

Supir
Macam biasa, khidmat supir femes dari hayuka bandoeng. so yang attend kitorang selama 4 hari tu nama die Pak Ronny. baik orangnye n overall sangat berpuas hati dgn dia.sebab tu bg dia tips bnyk jugak aritu,,huhu rezeki dia.

Floating Market Lembang
sangat best..relax2 sambil boleh beli makanan dr sampan2. jgn lupa try pisang cheese & tauhu goreng lembut. semua jual beli mgunakan token..n boleh jugak beratur naik sampan/boat kecik pusing 1 tempat ni..alamak harga x ingat. bila dh beli tiket percuma air ala2 yakult tu.kt indonesia air2 mcm ni bnyk bsepah jual n lg murah compare to Malaysia.

Ole2 Bandung
di tangga pertama semestinya bagelen kartika sari.sedap nak matikkkk.tolong la beli ya.
                                                                              *pic from google

cenggini rupanya..bila uolss makan bagelen ni akan cair di mulut..aihhh sedap sgt..waktu di pasar baru ada jugak beli bagelen ni yg local buat sendiri.tp rasa dia x sama mcm kartika sari. keras sikit n x berapa cair di mulut.so sy advise beli la di kartika sari walaupun mahal sikit ye.

No. 2 ole2 saya suggest beli brownies dari amanda. pada tekak sy amanda lg sedap dr kartika sari.
                                                                        *pic from google lagik

ni rupanya..beli yg coklat marble sebab lagi sedap dari yg plain biasa tu..

selain dari 2 ni boleh jugak beli pisang salai, kerepek etc.ok jugak rasanya tp sy prefer 2 di atas ni..

Shopping
semua org tau Bandung mmg tempat heaven utk shopping kain sulam, kebaya & telekung..so pergi la tawaf di pasar baru. mcm2 pilihan..kena pandai tawar ye. N untuk yg ada anak, boleh la shopping di anak kecil..boleh beli seluar jeans utk anak2 dgn harga berpatutan tapi kualiti superbbb.

P/S: dekat setaun dh crita ni terperap dlm draft..tgk crita ni dah rasa nk p bandung lg.hehehe







Tuesday, 20 March 2018

Horas Medan!

dah masuk bulan mac di tahun baru, 2018. dekat 4 bulan x update blog.sighhh. N iolss pun dh balik dari beberapa negara - bangkok, turki & medan. Semoga ada kerajinan utk update travel story kt blog supaya dpt membantu rakan2 lain jugak..

ok kita mulakan dgn trip awal bulan 2 aritu ke negara jiran, Indonesia! Medan secara tepatnya. naik flite dr KL lebih kurg 1 jam. dekat sesangat. x payah la order makanan nescaya tak kan sempat mkn. hikhik. this is my 2nd time traveled to Medan. 1st time dulu tahun 2008. seploh taun yg lepas.lama dah. bnyk yg berubah rasanya.ntah la x brapa ingt sbb trip dulu hanya stay di hotel dan shopping di pajak ikan T-T.

Tapi trip kali ni best skit. sbb kita bjalan sampai ke lake toba.yeayyy. ok 1st thing kena hire supir di medan ya. saya dapat contact dr membe yg pernah ke sana sebelum ni - Adit. Adit caj RM500 per pax. so total rm1500 utk sy, mak dan anak yg umur 3 tahun. which sy rasa sgt berbaloi sebab termasuk transport/tour, makan dan hotel. hotel 4* n makan pun sedap2..sy ada survey 2 pakej n ni yg plg murah sbb complete semuanya. sy prefer pakej yg skali mkn so that sy hanya bawak duit utk shoping.heehe.

itinerary utk 4h3m:

day 1
- pickup from airport terus ke lake toba
- singgah beli kacang2 ting ting, tong tong  etc.. (beli la sikit buat syarat)

day 2
naik bot ke pulau samosir. shopping baju sikit. harga mmg mahal.kena pandai tawar ye.

day 3
berastagi - naik kuda, shopping buah di pasar buah, singgah makan jagung bakar & terus pulg ke medan. sepatutnya plan singgah petik strawberry. tp supir terlupa..n weolls tertido dlm kete.sedar2 dh sampai medan. bila inform supir boleh dia ckp alamak terlupa.mari kita patah balik.mmg x la nak pusing balik ke brastagi semata nk petik strawberry.hehehe
lunch nasi ayam penyet cinderallas. sedapppp.try la.dia ada bnyk cawangan di medan.


day4
after breakfast singgah beli kek lapis zulaikha (sedap nak matik), bolu gulung meranti  & beli ubat (serius ubat mcm minyak kapak, vicks panadol etc sgt murah di medan;) then terus ke airport


so marilah gambar berbicara...



    *3 foto cukup la ye :p

Ok gambar2 ni kat Simarjunjung peak.ehh ye ke?hahaha ya ampunn..dh lupa. tp ni bukan kt medan. area2 nak ke lake toba sana. angin sejuk gile ok kat sini.actually bnyk spot nak amek gamba n stiap spot ni kena bayar utk amek gambar. tp x mahal mana dlm 5k-10k rupiah atau rm1.50 - rm3 per person.

Alhamdulillah sy rasa best bercuti kat medan. tenang..untuk trip santai2 atau family ramai2 sy suggest dtg lah medan. flight murah n pakej pun murah. n org Medan pun baik2 semuanya;)

Bye Medan, till wee meet again!